Wednesday, April 14, 2010

Doa untuk seorang sahabat........

(cerpen ini diambil dr sumber lain..mari kita renung2 kan)


Cerpen:Doa untuk seorang sahabat

Suasana pada hari itu, mendung.Sekali sekala angin bertiup memberi khabar akan hujan pada

petang itu.Di bawah pohon yang rendang itu, aku melihat suasana yang amat damai di padang

yang luas terbentang di hadapanku.Keheningan ketika tiba-tiba direntap oleh suara dari kicauan

burung yang hinggap di atas dahan itu.Di sebelah ku pula duduklah seorang sahabat yang sedang

meratap pilu.Sedih diriku melihat wajahnya yang suram.Di hatinya penuh dengan kesedihan

yang amat.

“Saya tak tahu bagaimana nak mulakannya,” kata Aien sambil air matanya mula mengalir

membasah pipinya.Di sapunya berulang kali sehingga kering namun makin banyak ia

mengalir.Aku melihat wajahnya yang suram itu.Terasa sebak melihat pertama kali seorang gadis

menangis disisiku.

“.Cuba tarik nafas kemudian hembuskan agar tenang hati itu” Aien menurut kataku.Setelah

seketika dia mula berbicara.

“Saya tak ada tempat untuk mengadu hal saya.Kawan-kawan serumah semuanya sibuk.Minta

maaf kerana melibatkan awak dengan masalah saya ini.Memang saya malu nak membicarakan

hal saya kepada orang tapi saya tak terdaya untuk menghadapi,” terang Aien.

“Okey sekarang cuba Aien beritahu saya apa masalahnya,” kataku.

“sebenarnya sudah beberapa minggu saya tidak berubung dengan kekasih saya. Apa yang saya

tahu Telefon bimbitnya hilang tapi kenapa dia tak menelefon saya.Apa yang mengejutkan saya

ialah saya cuba hubungi telefon rumah dia.Masa itu emaknya yang menjawab panggilan saya

tapi saya terkejut kerana dia menyangka yang saya ini adalah Ana,” kata aien menjelaskan

perkara yang sebenar.

“Sebelum ini kami pernah berpisah.Tetapi dalam masa dua minggu sahaja.Dalam tempoh itu

saya dapat tahu yang dia membuat keputusan untuk bertunang dengan orang lain.Saya tak sangka

begitu drastik keputusannya.Hinggalah kami berbaik semula, maka dia tak jadi betunang kerana

dia kata dia masih sayang kepada saya tapi apa yang saya dengar dari maknya semalam membuat

saya sedih yang amat.Setiakah dia kepada saya?”

Aku hanya memasang telinga mendengar pejelasannya namun mataku sekali sekala melihat kea

arah mukanya.Titisan air matanya tak henti-henti menyalir.Aku mulai terfikir apakah ini senjata

perempuan yang terakhir.Walau apa sekalipun bah yang berlaku terhadapnya, mengkin dengan

menangis sepuas-puasnya dapat dia melegakan kekusutan hatinya.Bagi perempuan air mata itu

murah sekali.Bukan susuh untuk mengalirkannya.Walau pun ketika sedih, hiba malah ketika

gembira.Kemana sahaja perempuan pasti mudah menangis.Bagi lelaki pula ianya amat

mahal.Hilang keperkasaan jika ianya keluar, musnahlah maruahnya, hancurlah egonya

“Apa yang membelenggu fikiran saya sekarang apakah hubungan dia dengan perempuan itu?

Apakah mereka masih berhubung? Adakah dia masih mencintai saya?Mungkin silap saya untuk

meminta putus. Semasa kami putus sayang saya terhadapnya amat mendalam sekali.Saya amat

sayang kepadanya,” Jelas Aien lagi.

“Sekarang saya tak tahu hendak buat apa lagi.Kerana sekarang kami hidup

bejauhan.Saya di sini dan dia di KL.Di sana dia dekat dengan Ana itu manakala saya disini

berjauhan darinya.Saya takut kalau-kalau mereka bersama dan dia melupakan saya.Amat suka

untuk saya mempercayainya,” Kata Aien.Aku seakan tidak mengerti dengan sikap kekasihnya

itu. Jika benar dia mempunyai hubungan dengan Ana maka kasihan betul Aien.Entah mengapa

dia tidak menghargai cinta yang tulus suci dari hati kecil seorang wanita? Lebih-lebih lagi gadis

sebaik Aien.Betapa bertuahnya dia dapat merasainya manisnya cinta jika dibandingkan dengan

aku yang tidak pernah merasai hadirnya cinta suci seorang wanita ke dalam jiwaku.

Seumur hidupku tidak merasai sekalipun perasaan cinta itu.Sekarang aku sedari betapa peritnya

terasa apabila cinta yang menguasai jiwa apabila ia dikhianati, deritanya hati.Walaupun aku tidak

merasai sakitnya pennyakit cinta itu namun aku faham amat sukar untuk melepaskan cinta yang

selama ini yang utuh di hati pergi jauh.Hendak saja aku katakan supaya lepaskan sahaja cinta itu

pergi.Biarlah kekasihnya itu bahagia bersama dengan si ana itu.Biarlah mereka bahagia

bersama.Hendak juga aku mengatakan yang cinta kekasihnya itu telah berubah kepada orang

yang baru.Cinta Aien dengan kekasihnya itu sudah luntur tidak seperti dahulu.Ataupun hendak

juga aku mengatakan yang cinta itu adalah mengenai perngorbanan.Dia harus

berkorban.Berkorban demi kekasihnya itu.Namun pasti ia akan meruntuhkan hati Aien itu, pasti

hancur sekali hatinya.Semakin deraslah air matanya mengalir.Makin hibalah aku melihat gadis

secantik itu menangis.

Sememang aku tidak dapat menahan sebak melihat gadis menangis di hadapan aku kerana entah

kenapa ada satu kuasa ghaib yang membuat aku terasa hati.Hendak sahaja aku mendapatkan

kekasihnya itu lantas beradu dengannya.Andainya aku menang, aku dapat membela Aien namun

yang menang pasti kekasihnya kerana kasihan itu lebih kepadanya.Kerana dialah insan yang

disayangi oleh Aien.Aku ini orang luar.Aku tak mahu menjadi orang yang keempat dalam

hubungan mereka .Cukuplah Ana menjadi penghalang cinta mereka. Jika aku tewas amat tebal

sekali malu aku dan Aien pasti akan membenci aku seumur hidupnya kerana sanggup

mencederakan kekasihnya itu.

Aku akui, sebenarnya aku tak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan masalah cinta

kerana aku sendiri tidak pernah pun merasainya.Apa yang aku ada Cuma sepasang telinga yang

dapat mendengar luahannya.Aku tahu dengan cara itu dia dapat melegakan segala yang terbuku

didalam hatinya.Aku tau perempuan selalunya tak akan sanggup menghadapi masalah seorang

diri.Lebih-lebih lagi dengan masalah cinta.Dia pasti akan mencari seseorang untuk meluahkan

perasaannya.Begitu dengan Aien.Dia Cuma insan biasa.Seorang gadis yang lemah.Tidak terdaya

dia menanggungnya seorang diri.Lebih-lebih lagi cintanya kali ini adalah cinta

keduanya.Seboleh-bolehnya ingin dia pertahankannya.Dia tak mahu kecewa lagi.

“Aien, saya rasalah lebih baik awak jumpa dengannya dari muka ke muka.Ianya lebih baik.Lagi

pun saya Cuma mendengar cerita dari pihak awak. Saya tak tahu apa pula cerita di pihak kekasih

awak itu.Mungkin hubungan mereka sudah tiada dan awaklah orang yang dicintainya,” kata-kata

itu sahaja yang mampu ku ucapkan kepadanya.Aien mengangguk setuju dengan candangan aku

itu.

“Aien, ingatlah jika seorang lelaki itu mencintai seorang wanita, dia pasti akan mencintai dengan

sepenuhnya hatinya dengan sepenuh jiwanya.Tiada sebab lain yang dapat memisahkan kamu

berdua.Percayalah cakap saya ini,”

“Apa yang harus Aien lakukan sekarang Cuma bersabar.Mungkin inilah satu dugaan dari

tuhan.Mungkin ini salah satu ujian darinya untuk menguji kiimanan kita.Apakah kuat iman kita

kepadanya.Kita tidak sedar dalam menjalani kehidupan, kita lupa untuk mendekatkan diri

kepada-Nya.Semakin hari kita semakin jauh.Kadang-kadang perkara begini mengingatkan kita

bahawa Dia adalah tempat untuk kita beserah.Awak tadahlah tangan mintalah selepas solat

sebanyak yang mungkin.Pintalah kebahagian hidup baik dunia atau akhirat.Doa itu amat penting

sekali setelah kita sedaya upaya berusaha.Pasti tuhan akan memakbulkan doa kita itu.Percayalah.

Pada malam itu di benak fikiranku ini hanya teringat perihal Aien.Aku tidak punyai

kudrat untuk membantunya apatah lagi aku anya tempat untuknya meluahkan isi hatinya.Adalah

orang yang hadir untuk menjadi pendengar setia yang baik untuknya. aku Cuma sahabatnya

bukan orang yang dicintainya.Aku tidak boleh berbuat apa-apa.Yang ada Cuma adalah sedikit

nasihat sebagai sahabat dan juga doa kupanjatkan kepada-Nya.

Selesai sahaja solat isyak, aku menadah tangan memohon doa kepada-Nya.Kepadanya sahaja

tempat yang dapat kubantu.Doa yang ikhlas dariku mungkin dapat dimakbulkan oleh tuhan yang

esa bagi meringankan beban yang di tanggung oleh Aien.

“Ya Allah ya tuhanku, aku memohon darimu ya Allah kau ringannya beban yang ditanggung

oleh sahabatku, Aien ini kerna aku tidak ingin dia sedih dengan masalah yang menimpa

dirinya.Telah banyak derita yang ditempuhnyaDia tidak mahu dikecewakan lagi.Cukuplah sekali

dalam hidupnya.Kau dipermudahkanlah hidupnya.Kau berilah dia merasai

kebahagiaan.Hindarkanlah dia dari kekusutan hati.Berikanlah dia nikmat cinta dan kau

berikanlah dia kesempatn untuk merasai betapa indahnya cinta anugerah dariMu itu…Amin”

March 30, 2007

2.25am



No comments:

Post a Comment